Ramai umat Islam berpandangan, menyetubuhi isteri dari belakang adalah terlarang. Apabila ditanya apakah alasannya, tiada jawapan yang boleh dijadikan pengangan, kebanyakannya hanya merupakan pandangan liar peribadi sahaja.
Kedudukan ini telah disebut oleh ayat 223 al-Baqarah, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebuh tenaman kamu menurut cara yang kamu sukai.
Mengikut ayat ini kita boleh mendatangi (menyetubuhi) isteri kita sama ada dari depan atau belakang, sisi kiri atau sisi kanan sebagaimana kita boleh masuk ke kebun tanaman.
Bila disebut ayat ini ada pula yang menyebut katanya kalau dari belakang macam binatang.
Apapun hukumnya adalah seperti yang disebut oleh ayat itu. Boleh dilakukan. Cuma harus difahami maksud kebun tanaman itu.
Kebun tanaman bertujuan bercucuk tanam yang mendatangkan hasil. Ertinya yang kita datangi itu ialah faraj isteri bukan dubur. Kalau di dubur memang jelas tidak mendatangkan hasil (anak). Ertinya yang dilarang ialah mendatangi dubur isteri. (Baca selanjutnya di page teknik bsetubuh)