Assalamualaikum dan selamat pagi.
Cara hidup atau way of life seseorang Muslim sewajarnya adalah yang berasaskan ibadah-ibadah dalam RUKUN ISLAM iaitu sembahyang, zakat, puasa dan haji, di samping syahadah. Kerana, inilah ibadah-ibadah yang diwajibkan buat Muslimin menunaikannya, tiada yang lain. Sewajarnya, kita harus menyedari dan mencari-cari apakah tujuan dan matlamatnya, bukan sekadar menunaikannya mengikut takrifnya sahaja.
Harus difahami benar-benar bahawa setiap unsur yang terkandung dalam bab sembahyang, zakat, puasa dan haji itu adalah berkaitan dengan cara hidup. Kerana, Ciri utama Gagasan Hidup Islam ialah bahawa Islam tidak memisahkan kehidupan kerohanian dengan kehidupan duniawi secara yang sangat ketara, tidak juga membenarkan konflik, dan tidak juga membuat batasan pemisah antara menulenkan rohani dan kehidupan moral manusia. Daerah kekuasaan Islam meliputi kepelbagaian macam, rupa dan emosi kehidupan.
Islam mahu membentuk kehidupan individu dan kelompoknya yang susunan sosialnya dalam corak yang sihat sejahtera. Jadi cita-cita Islam ialah membina iklim kehidupan yang polanya ialah keamanan, kepuasan dan kesejahteraan. Sasarannya bukan sahaja manusia tetapi mencakupi juga persekitaran kehidupan manusia itu sendiri.

Jadi, jika Islam hendak
menciptakan iklim kehidupan yang sejahtera buat manusia, kesejahteraan buat
sekalian makhluk itu tadi harus diujudkan sekali gus. Jika tidak sistem yang
Allah telah tetapkan itu tadi akan cacat, rosak dan sistem itu dengan
sendirinya akan tempang, akibatnya, dengan sendirinya iklim kesejahteraan untuk
manusia juga tidak sempurna. Apalah ertinya kehidupan jika tidak ada air atau
ada air yang tercemar, udara yang kurang sihat, sumber-sumber kehidupan dan
kekayaan yang tidak mencukupi. Dapatkah iklim kehidupan
yang sejahtera dibina atas
sumber-sumber yang dalam keadaan tidak seimbang dan stabil.
Justeru jalan hidup atau way of life kita di dunia ini harus yang merealisasikan ciri-ciri tersebut ini. Inilah cara hidup yang akan menentukan bentuk kehidupan di akhirat kelak - kehidupan yang baik sahaja yang menjamin kebahagiaan hidup di akhirat. Wallau aalam.