Teknik bsetubuh

Aspirasi Islam

Pada zaman kedatangan Islam, terdapat begitu banyaknya kepercayaan, konsep, mitos, falsafah tahyul, tradisi dan adat,  yang ciri-cirinya kepalsuan bercampur aduk dengan kebenaran, yang salah dengan yang benar, yang karut marut dengan agama, dan mitos dengan falsafah. Ini menyebabkan hati nurani manusia bercelaru, berspekulasi, yang tidak ada tanda-tanda akan reda.
Hari ini kesan dan tempiasnya masih ketara. Lihat sahaja fenomena kehidupan manusia hari ini: kehidupan manusia dipenuhi kejelekan-kejelekan seperti terjadinya rasuah dan kelam-kabut, kezaliman dan penindasan, kesusahan dan kesengsaraan, dan mementingkan diri sendiri. Kehidupan yang boleh disebutkan sebagai yang bukan untuk manusia mahupun binatang.
Keadaan-keadaan ini menyebabkan kehidupan manusia tidak mempunyai identiti yang jelas, tidak tentu hala kerana telah menyimpang dari jalan yang sepatutnya.
Manusia telah tidak dapat lagi mengenali Tuhan-nya dan sifat-sifat-Nya, tidak ada lagi hubungan manusia dengan manusia lain dan alam sejagat-nya, tidak peduli lagi dengan tujuan dia dijadikan, lebih-lebih lagi hubungan manusia-Tuhan.
Dalam keadaan manusia hanyut dengan pemikiran-pemikiran yang tidak menentu seperti ini tadi sistem kehidupan manusia sudah penuh dengan kejahatan dan ketidakadilan.
Puncanya, manusia sudah kehilangan kefahaman asas yang menjadi faktor pokok tentang apa itu Islam. Iaitu isu yang berkait dengan jagatraya ini, isu tentang dirinya dan tujuan kehidupannya, isu peranannya kepada alam ini, dan isu saling hubungannya dengan individu lain mahupun masyarakatnya. Kesemua ini adalah soal pokok dalam Islam.
Malangnya, seolah-olah sudah tidak ada lagi jalan buat manusia menyelesaikan isu-isu ini, iaitu kepercayaan, konsep kedewaan dan idola, dan seterusnya menentukan jalan hidupnya. Kesan dan akibatnya kehidupan hari ini sudah tidak mengenali kejelekan dan kecelaruan-kecelaruan yang membelit individu sekali gus masyarakatnya.
Manusia melihat kepercayaan beragama dianggap sebagai pemikiran kuno yang beracuan budaya Timur Tengah, seperti yang digambarkan oleh para pemikir Barat. Sedangkan realiti-nya agama adalah satu bentuk kepercayaan yang berasaskan kepada dua faktor kemanusiaan iaitu masa dan ruang.
Keadaan ini menyebabkan naluri kepercayaan dan pemujaan yang ada dalam dirinya beralih kepada idola, malah kedewaan.
Pertama, realitinya manusia dalam keadaan semulajadinya tidak boleh hidup di muka bumi ini dengan cara menyisihkan diri dari orang lain atau masyarakat. Sebagai makhluk yang memerlukan ruang dan masa, manusia harus memahami hubungan dirinya dengan dunia tempat tinggalnya, dan mempunyai satu worldview yang neutral untuk semua orang, worldview yang tidak bias kepada mana-mana individu atau kelompok masyarakat, tidak juga bias kepada masa-masa tertentu dan keadaan-keadaan tertentu.
Kedua, faktor perkongsian ruang untuk kehidupan bermasyarakat memerlukan sikap tolak ansur. Namun, dalam keadaan kehidupan bermasyarakat memerlukan institusi-institusi yang dapat menjaminnya, supaya kehidupan yang iklimnya keamanan, kesejahteraan dan kepuasan, dan kecukupan keperluan asas dan berbudaya sihat. Justeru memerlukan sistem moral, sistem sosial, sistem alam sekitar dan pelbagai lagi, yang mungkin boleh disebut sebagai sistem kemasyarakatan.
Namun faktor keangkuhan dan kecelaruan manusia menyebabkan mereka buta tentang betapa pentingnya hubungan sesama manusia itu sebagai keperluan asas untuk kebajikan bersama.

Sistem kemasyarakatan
Sistem kemasyarakatan yang harmoni haruslah hasil daripada adunan konsep-konsep menyeluruh, iaitu yang mencakupi persoalan-persoalan tentang asal usul jagatraya, bumi tempat tinggal manusia, dan peranan manusia serta tujuan dijadikan alam ini. Jadi mana-mana sistem kemasyarakatan yang di dalamnya tidak memasukkan konsep-konsep ini adalah suatu sistem kemasyarakatan yang palsu, dan tidak akan bertahan lama, dan jika wujud keadaannya yang sedang bertahan itu pun banyak gejala yang akan menimpa manusia lantaran di sana terdapat konflik antara sistem buatannya dengan nature kejadian manusia. Ini kerana iklim keharmo-nian hanya akan lahir jika ada salinghubngan yang erat antara kepercayaan kepada Pencipta dengan sistem kemasyarakatan.
Sistem kemasyarakatan adalah keperluan untuk pentadbiran perjalanan hidup manusia manakala kepercayaan adalah yang menjadi acuannya. Sekarang nampaklah bahawa keharmonian sesebuah masyarakat terasnya ialah saling hubungan antara sistem kemasyarakatan dengan kepercayaan. Inilah yang ditekankan oleh Islam.
Sesebuah masyarakat adalah terbina daripada individu. Jadi, bagi membangunkan sesebuah masyarakat yang harmoni, setiap individu di dalamnya harus mempunyai kefahaman yang tersebut tadi, iaitu mempunyai kepercayaan dan jalinan hubungan dengan individu yang lain.

Kepercayaan
Kepercayaan yang dimaksudkan ialah kepercayaan kepada Pencipta, seperti yang diajarkan oleh para nabi, mana-kala kemasyarakatan pula para nabi mengajar tentang kedudukan manusia dan tujuan penciptaan alam ini.
Tentang Pencipta, manusia diajar agar sentiasa menyedari hubungannya dengan Pencipta, kekuasaan-Nya menyediakan hari akhirat bertujuan untuk menjadi pengawal dan motivasi ke arah menjadikan manusia supaya sentiasa berada di jalan yang betul.
Tentang kedudukan manusia, diajarkan agar sentiasa sedar bahawa dirinya adalah sebagai khalifah, yang tugasnya adalah untuk kesejahteraan alam ini.
Walaupun kepercayaan merupakan teras kepada pembinaan keharmonian namun tidak bolehlah individu-individu di dalamnya berpegang kepada kepercayaan masing-masing, tetapi harus berpegang kepada satu kepercayaan yang neutral dan dapat diterima ramai. Kepercayaan ini jika dapat diterapkan ke dalam diri setiap individu akan terjaminlah cita-cita membangunkan masyarakat yang harmoni kerana individu-individu ini juga yang akan mengeluarkan buah fikirannya dalam menggubal sistem kemasyarakatannya.

Jalinan hubungan
Jalinan hubungan antara seorang individu dengan yang lain dalam sesebuah masyarakat pula harus menyeluruh, mencakupi hubungan dengan manusia lain, makhluk dan alam sekitaran. Hubungan sesama manuia harus mencakupi hubungannya dirinya sendiri, dengan keluarga, jiran, komuniti dan masyarakatnya, mencakupi juga masyarakat sejagat.
Hubungan dengan makhluk dan alam sekitar tidak boleh dipandang remeh kerana kersejahteraan manusia bergantung juga kepada kesejahteraan alam sekitar.
Inilah kefahaman yang dikehendaki Islam kepada setiap individu. Justeru, setiap individu harus mempunyai ilmu yang dapat memujuk balik pandangannya ke arah kefahaman ini, iaitu ilmu yang dapat memperkukuh hubungannya dengan Pencipta, yang menanamkan keyakinan bahawa hari akhirat adalah suatu yang pasti, kemudian dilengkapkan pula dengan ilmu untuk kesejahteraan alam ini.
Justeru, ibadah sembahyang yang tidak menjurus kepada idea merealisasikan aspirasi di atas ini adalah dikatakan tidak menegakkan Islam. Tidak kiralah apa kod yang hendak digunakan. Dalam beberapa hadis menyebutkan bahawa Allah swt biasa menggunakan kod seperti tidak membawa rahmat, tidak membawa faedah kepada orang lain, tidak menegakkan Islam dan sebagainya, kesemuanya adalah berkait dengan faktor saling hubungan itu tadi.

No comments:

Post a Comment

Hukum menyetubuhi isteri dari belakang

  Ramai umat Islam berpandangan, menyetubuhi isteri dari belakang adalah terlarang. Apabila ditanya apakah alasannya, tiada jawapan yang bol...