Teknik bsetubuh

Tuesday, May 19, 2020

Tujuan atau alasan hukum syariat

Apa kata kalau saya katakana bahawa ibadah sembahyang kita harus ada tujuan.
Saya kira masih ramai lagi orang yang tidak menerima idea ini. Justeru mereka melihat ibadah sembahyangnya adalah sembahyang semata-mata. Jika ada orang bertanya misalnya apa tujuan anda sembahyang, jawabnya kerana Allah swt memerintahkannya. Maksudnya bagi orang ini selepas sembahyang tidak ada apa-apa lagi yang hendak difikirkan – sembahyangnya sebagai kesudahan.
Ada beberapa perkara untuk menyatakan bahawa sembahyang ini ada tujuannya.
Pertama, sembahyang adalah sebagai Rukun Islam: Mengikut Kamus Dewan rukun bererti asas dan tonggak, manakala Islam bermaksud cara hidup atau deen, atau way of life. Mengikut kontak ini ertinya ibadah sembahyang kita tujuannya untuk dijadikan cara hidup.
Kedua, Dr Yusuf al-Qaradhawi selalu sahaja menuliskan dalam bukunya menyebut bahawa setiap hukum syariat ada tujuan atau alasan. Maksud beliau ini bahawa hukum perintah dalam syariat ada tujuannya, hukum larangan pula ada alasannya. Misalnya, jika syariat menyebut hukum sunat makan atau minum dengan tangan kanan di sana ada tujuannya, larangan makan minum dengan tangan kiri pula ada alasannya. Tujuan dan alasan di sini adalah berkait dengan menjagi kesihatan jantung.
Ketiga, jika ibadah sembahyang, zakat, puasa dan haji itu kita anggap hanya sebagai ibadah yang mesti ditunaikan, apakah pula asas kepada hukum hakam syariat? Misalnya, apakah asas kepada perintah memakai tudung, hijab dan sebagainya, jika tidak ibadah-ibadah itu? Oleh kerana tidak mempunyai kefahaman tentang tujuan atau alasan boleh menyebabkan seseorang itu memandang remeh arahan bertudung, kerana tidak dikaitkan dengan ibadah sembahyang atau ibadah yang tiga itu. Inilah sebabnya ramai yang berpuasa tetapi nafsu makannya dalam bulan puasa tidak sepadan dengan tujuan berpuasa, malah melebihi daripada hari-hari yang lain. Lihat sahaja suasana bazar Ramadhan. Walhal berpuasa itu adalah sebagai latihan mengawal nafsu makan.
Keempat, tanpa kefahaman tentang tujuan dan alasan menyebabkan gejala kemunkaran berleluasa, berlaku di mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa sahaja. Ramai yang tidak merasa bersalah meletakkan kenderaan tidak mengikut peraturan parkir kerana tidak mengetahui bahawa peraturan ini adalah berkaitan dengan ibadah sembahyang. Etika Q di kaunter dan sebagainya juga adalah berkaitan dengan ibadah sembahyang, tetapi mereka yang Q di kaunter itu berkefahaman bahawa ini adalah etika orang putih. Tanpa kefahaman tentang tujuan atau alasan menyebabkan ramai daripada kita mengambil jalan menghafal hukum untuk dijadikan amalan semata-mata. Dot. Walhal kita dikehendaki mengaplikasikannya untuk menjadi cara hidup.
Marilah kita kenali apakah kefahaman asas tentang Islam supaya perjalanan hidup kita lebih mantap dan jelas, tidak teraba-raba, terumbang ambing, tanpa arah yang jelas. Hayatilah maksud bacaan ayat 6 surah al-Fatihan yang ertinya tunjukkanlah jalan yang lurus. Bukankah ini bermaksud kita memohon. Kita membacanya setiap kali menunaikan ibadah sembahyang. Tanpa penghayatan menyebabkan kita seakan-akan berbohong atau kelentong Allah swt.

No comments:

Post a Comment

Hukum menyetubuhi isteri dari belakang

  Ramai umat Islam berpandangan, menyetubuhi isteri dari belakang adalah terlarang. Apabila ditanya apakah alasannya, tiada jawapan yang bol...