Apa kata kalau saya katakana
bahawa ibadah sembahyang kita harus ada tujuan.
Saya kira masih ramai
lagi orang yang tidak menerima idea ini. Justeru mereka melihat ibadah
sembahyangnya adalah sembahyang semata-mata. Jika ada orang bertanya misalnya
apa tujuan anda sembahyang, jawabnya kerana Allah swt memerintahkannya. Maksudnya
bagi orang ini selepas sembahyang tidak ada apa-apa lagi yang hendak difikirkan
– sembahyangnya sebagai kesudahan.
Ada beberapa perkara
untuk menyatakan bahawa sembahyang ini ada tujuannya.
Pertama, sembahyang adalah
sebagai Rukun Islam: Mengikut Kamus Dewan rukun bererti asas dan tonggak,
manakala Islam bermaksud cara hidup atau deen, atau way of life. Mengikut
kontak ini ertinya ibadah sembahyang kita tujuannya untuk dijadikan cara hidup.
Kedua, Dr Yusuf al-Qaradhawi selalu
sahaja menuliskan dalam bukunya menyebut bahawa setiap
hukum syariat ada tujuan atau alasan. Maksud beliau ini bahawa hukum perintah dalam syariat ada tujuannya,
hukum larangan pula ada alasannya. Misalnya, jika syariat menyebut hukum sunat
makan atau minum dengan tangan kanan di sana ada tujuannya, larangan makan
minum dengan tangan kiri pula ada alasannya. Tujuan dan alasan di sini adalah
berkait dengan menjagi kesihatan jantung.
Ketiga, jika ibadah sembahyang, zakat,
puasa dan haji itu kita anggap hanya sebagai ibadah yang mesti ditunaikan,
apakah pula asas kepada hukum hakam syariat? Misalnya, apakah asas kepada
perintah memakai tudung, hijab dan sebagainya, jika tidak ibadah-ibadah itu? Oleh
kerana tidak mempunyai kefahaman tentang tujuan atau alasan boleh menyebabkan
seseorang itu memandang remeh arahan bertudung, kerana tidak dikaitkan dengan
ibadah sembahyang atau ibadah yang tiga itu. Inilah sebabnya ramai yang berpuasa
tetapi nafsu makannya dalam bulan puasa tidak sepadan dengan tujuan berpuasa,
malah melebihi daripada hari-hari yang lain. Lihat sahaja suasana bazar Ramadhan.
Walhal berpuasa itu adalah sebagai latihan mengawal nafsu makan.
Keempat, tanpa kefahaman
tentang tujuan dan alasan menyebabkan gejala kemunkaran berleluasa, berlaku di
mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa sahaja. Ramai yang tidak merasa
bersalah meletakkan kenderaan tidak mengikut peraturan parkir kerana tidak
mengetahui bahawa peraturan ini adalah berkaitan dengan ibadah sembahyang.
Etika Q di kaunter dan sebagainya juga adalah berkaitan dengan ibadah
sembahyang, tetapi mereka yang Q di kaunter itu berkefahaman bahawa ini adalah
etika orang putih. Tanpa kefahaman tentang tujuan atau alasan menyebabkan ramai daripada kita mengambil jalan menghafal hukum untuk dijadikan amalan semata-mata. Dot. Walhal kita dikehendaki mengaplikasikannya untuk menjadi cara hidup.
Marilah kita kenali apakah kefahaman asas
tentang Islam supaya perjalanan hidup kita lebih mantap dan
jelas, tidak teraba-raba, terumbang ambing, tanpa arah yang jelas. Hayatilah
maksud bacaan ayat 6 surah al-Fatihan yang ertinya tunjukkanlah jalan yang
lurus. Bukankah ini bermaksud kita memohon.
Kita membacanya setiap kali menunaikan ibadah sembahyang. Tanpa penghayatan
menyebabkan kita seakan-akan berbohong atau kelentong Allah swt.